J I M B E T W O R L D

ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW DASH

Owner Life
Assalamualaikum. Dahlah lama tak menyemakkan diri dekat blog ni disebabkan line internet yang semakin ‘pantas’ dan menyebabkan diri ini terasa sangat putus asa. Lols. By the way, masih menghitung hari nak balik kampus. Terasalah bahawa deritaku bahagiamu akan berkumandangan. First time puasa without family and teetttt malas nak cakap. Berbalik kepada entry hari ini hari paling bertuah untuk pembaca blog jimbet ni untuk mengenali ownernya. //adakeygbaca? Tettt. Tak kisah pun sebab memang reka blog ni nak luahkan segala isi hati perut semua. And just nak share info untuk sesiapa yang ingin menjadi stalker ku. Hohohoho. Maka berbalik balik kepada entry, sebenarnya owner ni tersangatlah poyo orangnya. Jangan meletakkan harapan yang tinggi kepada owner ini. Hikhikhik. Owner ini sangat suka menggunakan ayat yang bakal mencabar minda para pembacanya. //tercabarke? Tett sekali lagi. Memang ayat disini tidak mengikut tatabahasa, kata nama am, kata nama khas mahupun bahasa baku dan kamus dewan bahasa. So ada aku kesah ? Hamekk kauu.

Kembali lagi sekali, kalau tengok dekat about pun dah ada serba sikit pasal owner ni. So sekali lagilah di ulang nama diberi Nabilah Abu Hassan. Nama manja a.k.a nama nak glamour Abell. Atau lebih suka di gelar Cik Kiah. Mesti korang pelik tang mana pulak wujud Kiah tu. Hah, actually nama tu wujud time zaman bekerja setelah tamat SPM. Waktu kerja dekat Aeon kata kau. Tengah bekerja ada satu makcik yang anggun lagi jelita menghampiri diri ini dan berkata muka daku iras Tiz Zakiah. Hah kilat petir hujan ribut angin taufan badai semua datang weyy. Tang mana tah wujudnya Tiz Zakiah dimuka ku ini. //silarujukheader Memang kena bahanlah sepanjang kerja tu. Jadi Kiah tu diambil dari nama retis fofular tu lah. Sadiskan. Apa pun ku terima dengan lapang dada. Hahahahaha.

Cik Kiah dilahirkan pada 6 February 1995 di Kuala Lumpur pada pukul 11.07 pagi hari Isnin pada waktu Ramadhan. Hah nampak tak info yang padat dan mantap. So set dekat kalendar ok. Anak emas, anak perak, anak gangsa, anak ditatang bagai minyak yang penuh dan anak tunggal kepada Encik Abu Hassan dan Puan Shafiah. Bahasa mudahnya Cik Kiah ni tak ada adik-beradiklah. Best ke ? Gila kau tak best. Semua benda kau punya. Tak payah nak share tak payah nak berebut bertumbuk tending terajang bagai. Walaupun Cik Kiah ni tak ada adik-beradik Cik Kiah ada kucing ok. Kucinglah peneman Cik Kiah. Kalau tak memang mati kejang dekat rumah tak buat apakan. Tapi yang pelik tak terdetik pun hati nak jealous tengok orang ada adik-beradik sebab dah biasa sorang-sorang dan tak kisah dah. Cuma kekadang terfikir kalau mak abah dah tak ada siapa pulak tempat nak bergantung. Dari situ dah mula tanam niat dalam hati bahawa Cik Kiah akan berdikari ! Berdiri di atas kaki sendiri. Hidup ni bukan boleh bergantung dengan orang lain. Dunia sekarang kena usaha sendiri. Betul tak ? Ok kedua ibubapa Cik Kiah berasal dari Negeri Sembilan. Hobin Jang Hobin ! Hah, agak-agak Cik Kiah ni berdarah Negeri Sembilan tak walaupun lahir dekat KL ? Sebab Negeri Sembilan kalau kahwin harta suami semua dekat kitakan. Lols. Mak Cik Kiah dekat Port Dickson dan Abah Cik Kiah dekat Seremban. So bila orang ajak mandi manda dekat PD tu Cik Kiah dah muaklah. Sebab setiap tahun beraya nampak laut. So Cik Kiah tak jakunlah macam korang. Hahahaha

Dah habis cerita pasal latar belakang Cik Kiah, sekarang pasal perangai Cik Kiah yang ngokngek ni. Cik Kiah memang banyak cakap dan suka buat lawak bodoh. Tapi masalah Cik Kiah ni tak suka menegur dulu dan tak boleh sangat duduk dengan orang yang lagi bising sebab automatic mulut murai Cik Kiah akan lenyap. Hah, teruk perangai. Then Cik Kiah suka sangat jaga kulit wajah yang kononnya nak jadi warga korea. Lols. Tapi Cik Kiah memang sensitif sikit pasal kulit ni. Memang nak putih. Tangan hitam tak sedar. Ish Ish Ish. Cik Kiah sangat gilakan gadjet. Gila kau tak gila. Kalau jadi photographer memang Cik Kiah minat tapi nasib tak menyebelahi maka Cik Kiah masuk bidang business. Hmmm. Tapi bab editing, montaj memang Cik Kiah rajin buat. Hah, time presentation Cik Kiah akan buat montaj group. Hah kau adooo ? Tapi cinta Cik Kiah pada bidang multimedia tak akan punah hapus begitu saja sebab Cik Kiah akan cuba juga kembangkan bakat Cik Kiah walaupun Cik Kiah budak business. Lols. Cik Kiah juga obses dengan media sosial. 24 jam handphone and laptop akan melekat dekat tangan. Hari-hari tangan ni sibuk duk main wechat, titter, instagram and of course blog Cik Kiah ni kan. Sampaikan abah membebel sebab Cik Kiah macam orang gila main benda ni sampai tak ingat dunia. Hmmm. So Cik Kiah dalam perancangan nak habuskan virus obses Cik Kiah ni. Kalau ada tips moh share. Cik Kiah juga tersangat sangat sangat suka KPOP. Hah, dah bajet jadi Kpop dah. Semua mp3, laptop and everything dekat Cik Kiah pasal Kpop. Sadisss kan. Ikut hati dekat bilik asrama tu nak je lekat poster retis kegemaran Cik Kiah. Tapi risau pulak dengan andaian dan pendapat para roommates. Lols.

Cik Kiah memang banyak benda nak bercerita tapi otak Cik Kiah kekeringan idea malahan jari Cik Kiah pun dah penat nak menaip. Jadi Cik Kiah akhiri saja entry ni. Semoga pembaca entry ni akan lebih mengenali Cik Kiah. Salam Sayang semua :D

Sepuluh Jari Disusun Memohon Keampunan Andai Terkasar Bahasa Dan Terguris Hati Jimbet Semua

Written by me at 14:34 | 0 Jimbet{s}