J I M B E T W O R L D

ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW DASH

Kemudahan di UiTM Segamat
Assalamualaikum. Hah, hari ni nak sharelah serba sikit pasal UiTM Segamat ni. Boleh dijadikan rujukan untuk adik-adik yang nak masuk nanti. Tak salahkan kalau kita nak share mengenai benda yang baik. So UiTM Segamat ini secara rasminya di panggil UiTM Johor Kampus Segamat. Jadi janganlah kau pelik dik oi bila tak jumpa pun sebarang signboard yang tulis UiTM Segamat. Disebabkan Segamat merupakan ketua a.k.a kepala a.k.a main UiTM dekat Johor ni. Tapi kalau kau ada GPS hah kau taip je UiTM Segamat maka memekaklah dia sibuk tunjuk kau arahkan. So hari ini 'akak' akan cerita pasal selok belok, isi perut dekat kampus ni. So bila korang dapat tawaran pasal kampus ni tak adalah korang berfikir berjuta kali seperti 'akak'. Lol. Tapi gambar tak ada ye adik oi. Sebab 'akak' nak google pun malas adik oi. Kau baca entry ni dan rekalah pakai imaginasi kau tu. Yang penting kau tau apa yang ada dalam kampus ni.Fakta menarik yang akan menarik minat kau nak masuk sini adalah Hanis Zalikha dan Ersa AF9 pun dulu study sini. Hah, bolehlah kau bajet diva kata kampus kau study dulu ada retis. Lol. Ok, sekarang 'akak' akan cerita pasal asrama yang bakal kau menetap bila kau duduk sini.

Sektor A merupakan asrama untuk kaum adam. Dekat kawasan ni ada 3 kolej. Taming Sari (TS), Sempana Riau (SR) dan Suluk Belingkung (SB). Taming Sari berwarna orange, Sempana Riau berwarna hijau orange dan Suluk Belingkung warna macam hijau sikit kot. Ok SB ni asrama baru dik oi. Lawa gitu. Tapi malangnya kau tak akan duduk situ sebab tu untuk budak degree je dik. Kalau kau diploma kau jangan mimpilah. Ok, asrama lelaki paling dekat dengan masjid, NR Cafe, PTDI dan Penawar. Masjid dekat sini dikenali sebagai Masjid As-Syakirin. Lawa dik oi. NR Cafe ni tempat makan. Ada tv dan kipas sejuk kata kau. Asrama lelaki pun ada lagi satu tempat melantak yang dikenali sebagai PAMA. Kata kaum adam yang lain sedap dan kedai tu dijamin padat. PTDI tu library untuk kau bajet study. Penawar ni nama bagi klinik untuk kau lawat time sakit atau nak mengemis mc. Dekat kolej lelaki juga ada tempat joging. So bolehlah kau 'sado'kan badan kau tu kan. Yang untungnya bawah asrama lelaki bermozek kata kau. So memang lawalah kan.

Next, Sektor B pula asrama bagi kaum hawa. Sama macam asrama lelaki, ada Mutiara, Baiduri dan Nilam. Nilam ni dah bertahun terbengkalai sebab nak ubahsuai katanya. Tapi next sem 'akak' asrama ni dah buka. Hah boleh lah cuba asrama baru ye. Warna blok ini kuning apa tah. Belum update ya. Nilam antara asrama paling dekat dengan masjid. Tak ada alasan kau malas nak pergi masjid sebab kau turun je tangga hah hamek kau terpacak depan muka kau masjid. Nilam juga dekat dengan NR Cafe so bolehlah kau melantak sepuas hati. Mutiara pula berwarna biru kuning dan dekat dengan NR Cafe dan masjid. Dan yang paling best nak habaq ni blok ni antara blok yang paling dekat dengan kelas kau. Hah, memang rajinlah kau bangun lambat sebab turun je dah sampaikan. Baiduri pula berwarna batu bata. Asrama ni menempatkan komander-komander kampus. Hah, berani kau. Hehehehe. Baiduri dekat dengan padang bola, futsal, gelangang badminton, padang ragbi senang cerita semua pasal sukanlah. Sini pun ada extra foodcourt untuk kau. Hah budak sini panggil benteng ataupun nak molek lagi kedai pak mat.

Yang paling untung dekat kampus ni kaum hawa sebab kita ada banyak asrama. Sektor C ada 4 asrama untuk kaum hawa. Intan, Zamrud, Si Manja Kini dan Sempana Alam Buana. Dekat sini paling best ada satu food court yang terbaik yang di panggil IFC. Memang semua sektor lah akan kumpul dekat situ sebab banyak pilihan makanan dan sesuai untuk bajet ciput macam kau ni. Sektor C ni pun ada tempat joging yang khas untuk dorang. Semua sektor ada benda yang sama. Zamrud ada gym ok you alls. So bolehlah kau nak turunkan berat badan kau setelah melantak di IFC sana. Hah class kau jah.

Ok dah habis cerita pasal sektor memasing 'akak' akan cerita pasal kawasan kelas. Tempat kelas banyak dik oi. Merata tempat. Antaranya Blok ICU. Hah bukan tempat untuk sakit kritikal ke apa dah memang namanya macam tu. Dekat situ ada 3 blok dan bertingkat 3 tak silap. Siapa dapat tingkat atas gegehlah kaki nak mendaki. Yang paling terbaru Blok Karyawan (BK). Dekat situ memang best sebab baru buat. Semua baru. Ada juga dewan untuk gabungan kelas. Tapi yang paling menyedihkan dia terletak atas bukit. Memang meleleh air ketiak kau mendaki bukit tu. Lagi-lagi time pagi buta. Dan paling epic dekat situ ada bilik pensyarah juga dan pada saat kau kesuntukan masa nak hantar assignment kau pun berlari naik bukit dan hasilnya memang kau akan kejang segala otot kaki dan banjir ketiak. Ok kelas yang lain juga ada terletak dkt PTDI dan Seri Laksamana (SL). SL ni memang dekat dengan Sektor C. Sektor lain kenalah menapak kalau nak pergi sana. Dewan Seri Peria (DSP) pun dekat dengan Sektor C. Paling kritikal lah kan bila final exam kebanyakkan paper kau dekat DSP. Memang menangis bagi warga Sektor A&B sebab ketiak kau akan menangis se nangis nangisnya. So inilah antara tempat yang menjadi pilihan hati untuk kelas. Jangan kau pelik bila dapat jadual tulis SL, BK, C, I, U, DSP sebab sini orang malas nak panggil nama penuh. Semua nama pependek je. Baru glamour. Antara tempat paling fofular dekat sini Dewan Seri Temenggung (DST). Hah sinilah tempat paling orang kata berprestij gitu. Dekat situlah kau akan konvo, dinner dan bermacamlah dik oi. DST tu ibarat dewan penduduk dekat sini.

Dekat sini pun kita ada Ko ye adik-adik. Kalau kau jenis yang pemalas nak pergi ke Ko time sekolah masuk sini kau kena gagahkan juga diri kau. Kalau tak pergi mampus kau kena repeat. Naik mahkamah kampus. Kau nak ke dik ? Dekat sini Ko kejap je. Sampai sem 3 je. Sem seterusnya kau bantailah kau nak buat apa. Ada orang kesah! Sem 1 selalunya orang amik kesatrian negara sebab 1 sem je. Kalau kau jenis yang rajin bercamping atau berjalan kau masuk Kesatria Kembara. Ni sampai sem 3. Kita ada juga Bomba, JPAM, Rawatan Cemas & Brass Band. Tu semua sampai sem 3. Maknanya kau tak payahlah nak tukar Ko lain. Kalau kau rajin nak berkawad masuklah sampai sem 3. Tapi ramai amik Kesatria Negara sebab kawad satu sem je. Sem 2&3 boleh merempat cari kelab atau sukan lain.

Info tambahan ‘akak’ nak habaq hampa semua. Korang jangan nak risau sangat kalau makanan yang kau simpan kononnya spare diwaktu terdesak padahal kau bantai je 24jam dah habis. Sebab istimewanya kita ada UNIMART. Hah, kedai runcit bahasa kasarnya. Macam-macam ada bak kata iklan astro. Dekat sini juga ada Cyber Café (CC) untuk korang nak print apa benda semualah. Then kita ada basikal untuk kau riadah. Kena bayarlah ya. Dekat dunia tak ada yang free.

Hah nilah benda yang menarik yang wajib diketahui buat masa ni. Actually banyak lagi. Cuma tak surprise kalau korang tau awal. So welcome to UiTM Segamat ! Jangan risau walaupun kita berjauhan dengan family sebab ini juga untuk masa depan kita dan kerana Allah. InsyAllah, semua akan berjalan dengan lancer dan senior dekat sini semua ok. Kalau ada masalah just tanya je. Jangan malu ye ! Ok goodluck untuk diploma and degree. Hopefully korang berjaya dan semoga kenangan dikampus akan menjadi ingatan selamanya. Sekian.
Sepuluh Jari Disusun Memohon Keampunan Andai Terkasar Bahasa Dan Terguris Hati Jimbet Semua

Labels:


Written by me at 14:14 | 1 Jimbet{s}