J I M B E T W O R L D

ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER NEWER OLDER +FOLLOW DASH

Owner Life
Assalamualaikum. Dahlah lama tak menyemakkan diri dekat blog ni disebabkan line internet yang semakin ‘pantas’ dan menyebabkan diri ini terasa sangat putus asa. Lols. By the way, masih menghitung hari nak balik kampus. Terasalah bahawa deritaku bahagiamu akan berkumandangan. First time puasa without family and teetttt malas nak cakap. Berbalik kepada entry hari ini hari paling bertuah untuk pembaca blog jimbet ni untuk mengenali ownernya. //adakeygbaca? Tettt. Tak kisah pun sebab memang reka blog ni nak luahkan segala isi hati perut semua. And just nak share info untuk sesiapa yang ingin menjadi stalker ku. Hohohoho. Maka berbalik balik kepada entry, sebenarnya owner ni tersangatlah poyo orangnya. Jangan meletakkan harapan yang tinggi kepada owner ini. Hikhikhik. Owner ini sangat suka menggunakan ayat yang bakal mencabar minda para pembacanya. //tercabarke? Tett sekali lagi. Memang ayat disini tidak mengikut tatabahasa, kata nama am, kata nama khas mahupun bahasa baku dan kamus dewan bahasa. So ada aku kesah ? Hamekk kauu.

Kembali lagi sekali, kalau tengok dekat about pun dah ada serba sikit pasal owner ni. So sekali lagilah di ulang nama diberi Nabilah Abu Hassan. Nama manja a.k.a nama nak glamour Abell. Atau lebih suka di gelar Cik Kiah. Mesti korang pelik tang mana pulak wujud Kiah tu. Hah, actually nama tu wujud time zaman bekerja setelah tamat SPM. Waktu kerja dekat Aeon kata kau. Tengah bekerja ada satu makcik yang anggun lagi jelita menghampiri diri ini dan berkata muka daku iras Tiz Zakiah. Hah kilat petir hujan ribut angin taufan badai semua datang weyy. Tang mana tah wujudnya Tiz Zakiah dimuka ku ini. //silarujukheader Memang kena bahanlah sepanjang kerja tu. Jadi Kiah tu diambil dari nama retis fofular tu lah. Sadiskan. Apa pun ku terima dengan lapang dada. Hahahahaha.

Cik Kiah dilahirkan pada 6 February 1995 di Kuala Lumpur pada pukul 11.07 pagi hari Isnin pada waktu Ramadhan. Hah nampak tak info yang padat dan mantap. So set dekat kalendar ok. Anak emas, anak perak, anak gangsa, anak ditatang bagai minyak yang penuh dan anak tunggal kepada Encik Abu Hassan dan Puan Shafiah. Bahasa mudahnya Cik Kiah ni tak ada adik-beradiklah. Best ke ? Gila kau tak best. Semua benda kau punya. Tak payah nak share tak payah nak berebut bertumbuk tending terajang bagai. Walaupun Cik Kiah ni tak ada adik-beradik Cik Kiah ada kucing ok. Kucinglah peneman Cik Kiah. Kalau tak memang mati kejang dekat rumah tak buat apakan. Tapi yang pelik tak terdetik pun hati nak jealous tengok orang ada adik-beradik sebab dah biasa sorang-sorang dan tak kisah dah. Cuma kekadang terfikir kalau mak abah dah tak ada siapa pulak tempat nak bergantung. Dari situ dah mula tanam niat dalam hati bahawa Cik Kiah akan berdikari ! Berdiri di atas kaki sendiri. Hidup ni bukan boleh bergantung dengan orang lain. Dunia sekarang kena usaha sendiri. Betul tak ? Ok kedua ibubapa Cik Kiah berasal dari Negeri Sembilan. Hobin Jang Hobin ! Hah, agak-agak Cik Kiah ni berdarah Negeri Sembilan tak walaupun lahir dekat KL ? Sebab Negeri Sembilan kalau kahwin harta suami semua dekat kitakan. Lols. Mak Cik Kiah dekat Port Dickson dan Abah Cik Kiah dekat Seremban. So bila orang ajak mandi manda dekat PD tu Cik Kiah dah muaklah. Sebab setiap tahun beraya nampak laut. So Cik Kiah tak jakunlah macam korang. Hahahaha

Dah habis cerita pasal latar belakang Cik Kiah, sekarang pasal perangai Cik Kiah yang ngokngek ni. Cik Kiah memang banyak cakap dan suka buat lawak bodoh. Tapi masalah Cik Kiah ni tak suka menegur dulu dan tak boleh sangat duduk dengan orang yang lagi bising sebab automatic mulut murai Cik Kiah akan lenyap. Hah, teruk perangai. Then Cik Kiah suka sangat jaga kulit wajah yang kononnya nak jadi warga korea. Lols. Tapi Cik Kiah memang sensitif sikit pasal kulit ni. Memang nak putih. Tangan hitam tak sedar. Ish Ish Ish. Cik Kiah sangat gilakan gadjet. Gila kau tak gila. Kalau jadi photographer memang Cik Kiah minat tapi nasib tak menyebelahi maka Cik Kiah masuk bidang business. Hmmm. Tapi bab editing, montaj memang Cik Kiah rajin buat. Hah, time presentation Cik Kiah akan buat montaj group. Hah kau adooo ? Tapi cinta Cik Kiah pada bidang multimedia tak akan punah hapus begitu saja sebab Cik Kiah akan cuba juga kembangkan bakat Cik Kiah walaupun Cik Kiah budak business. Lols. Cik Kiah juga obses dengan media sosial. 24 jam handphone and laptop akan melekat dekat tangan. Hari-hari tangan ni sibuk duk main wechat, titter, instagram and of course blog Cik Kiah ni kan. Sampaikan abah membebel sebab Cik Kiah macam orang gila main benda ni sampai tak ingat dunia. Hmmm. So Cik Kiah dalam perancangan nak habuskan virus obses Cik Kiah ni. Kalau ada tips moh share. Cik Kiah juga tersangat sangat sangat suka KPOP. Hah, dah bajet jadi Kpop dah. Semua mp3, laptop and everything dekat Cik Kiah pasal Kpop. Sadisss kan. Ikut hati dekat bilik asrama tu nak je lekat poster retis kegemaran Cik Kiah. Tapi risau pulak dengan andaian dan pendapat para roommates. Lols.

Cik Kiah memang banyak benda nak bercerita tapi otak Cik Kiah kekeringan idea malahan jari Cik Kiah pun dah penat nak menaip. Jadi Cik Kiah akhiri saja entry ni. Semoga pembaca entry ni akan lebih mengenali Cik Kiah. Salam Sayang semua :D

Sepuluh Jari Disusun Memohon Keampunan Andai Terkasar Bahasa Dan Terguris Hati Jimbet Semua

Written by me at 14:34 | 0 Jimbet{s}

Kemudahan di UiTM Segamat
Assalamualaikum. Hah, hari ni nak sharelah serba sikit pasal UiTM Segamat ni. Boleh dijadikan rujukan untuk adik-adik yang nak masuk nanti. Tak salahkan kalau kita nak share mengenai benda yang baik. So UiTM Segamat ini secara rasminya di panggil UiTM Johor Kampus Segamat. Jadi janganlah kau pelik dik oi bila tak jumpa pun sebarang signboard yang tulis UiTM Segamat. Disebabkan Segamat merupakan ketua a.k.a kepala a.k.a main UiTM dekat Johor ni. Tapi kalau kau ada GPS hah kau taip je UiTM Segamat maka memekaklah dia sibuk tunjuk kau arahkan. So hari ini 'akak' akan cerita pasal selok belok, isi perut dekat kampus ni. So bila korang dapat tawaran pasal kampus ni tak adalah korang berfikir berjuta kali seperti 'akak'. Lol. Tapi gambar tak ada ye adik oi. Sebab 'akak' nak google pun malas adik oi. Kau baca entry ni dan rekalah pakai imaginasi kau tu. Yang penting kau tau apa yang ada dalam kampus ni.Fakta menarik yang akan menarik minat kau nak masuk sini adalah Hanis Zalikha dan Ersa AF9 pun dulu study sini. Hah, bolehlah kau bajet diva kata kampus kau study dulu ada retis. Lol. Ok, sekarang 'akak' akan cerita pasal asrama yang bakal kau menetap bila kau duduk sini.

Sektor A merupakan asrama untuk kaum adam. Dekat kawasan ni ada 3 kolej. Taming Sari (TS), Sempana Riau (SR) dan Suluk Belingkung (SB). Taming Sari berwarna orange, Sempana Riau berwarna hijau orange dan Suluk Belingkung warna macam hijau sikit kot. Ok SB ni asrama baru dik oi. Lawa gitu. Tapi malangnya kau tak akan duduk situ sebab tu untuk budak degree je dik. Kalau kau diploma kau jangan mimpilah. Ok, asrama lelaki paling dekat dengan masjid, NR Cafe, PTDI dan Penawar. Masjid dekat sini dikenali sebagai Masjid As-Syakirin. Lawa dik oi. NR Cafe ni tempat makan. Ada tv dan kipas sejuk kata kau. Asrama lelaki pun ada lagi satu tempat melantak yang dikenali sebagai PAMA. Kata kaum adam yang lain sedap dan kedai tu dijamin padat. PTDI tu library untuk kau bajet study. Penawar ni nama bagi klinik untuk kau lawat time sakit atau nak mengemis mc. Dekat kolej lelaki juga ada tempat joging. So bolehlah kau 'sado'kan badan kau tu kan. Yang untungnya bawah asrama lelaki bermozek kata kau. So memang lawalah kan.

Next, Sektor B pula asrama bagi kaum hawa. Sama macam asrama lelaki, ada Mutiara, Baiduri dan Nilam. Nilam ni dah bertahun terbengkalai sebab nak ubahsuai katanya. Tapi next sem 'akak' asrama ni dah buka. Hah boleh lah cuba asrama baru ye. Warna blok ini kuning apa tah. Belum update ya. Nilam antara asrama paling dekat dengan masjid. Tak ada alasan kau malas nak pergi masjid sebab kau turun je tangga hah hamek kau terpacak depan muka kau masjid. Nilam juga dekat dengan NR Cafe so bolehlah kau melantak sepuas hati. Mutiara pula berwarna biru kuning dan dekat dengan NR Cafe dan masjid. Dan yang paling best nak habaq ni blok ni antara blok yang paling dekat dengan kelas kau. Hah, memang rajinlah kau bangun lambat sebab turun je dah sampaikan. Baiduri pula berwarna batu bata. Asrama ni menempatkan komander-komander kampus. Hah, berani kau. Hehehehe. Baiduri dekat dengan padang bola, futsal, gelangang badminton, padang ragbi senang cerita semua pasal sukanlah. Sini pun ada extra foodcourt untuk kau. Hah budak sini panggil benteng ataupun nak molek lagi kedai pak mat.

Yang paling untung dekat kampus ni kaum hawa sebab kita ada banyak asrama. Sektor C ada 4 asrama untuk kaum hawa. Intan, Zamrud, Si Manja Kini dan Sempana Alam Buana. Dekat sini paling best ada satu food court yang terbaik yang di panggil IFC. Memang semua sektor lah akan kumpul dekat situ sebab banyak pilihan makanan dan sesuai untuk bajet ciput macam kau ni. Sektor C ni pun ada tempat joging yang khas untuk dorang. Semua sektor ada benda yang sama. Zamrud ada gym ok you alls. So bolehlah kau nak turunkan berat badan kau setelah melantak di IFC sana. Hah class kau jah.

Ok dah habis cerita pasal sektor memasing 'akak' akan cerita pasal kawasan kelas. Tempat kelas banyak dik oi. Merata tempat. Antaranya Blok ICU. Hah bukan tempat untuk sakit kritikal ke apa dah memang namanya macam tu. Dekat situ ada 3 blok dan bertingkat 3 tak silap. Siapa dapat tingkat atas gegehlah kaki nak mendaki. Yang paling terbaru Blok Karyawan (BK). Dekat situ memang best sebab baru buat. Semua baru. Ada juga dewan untuk gabungan kelas. Tapi yang paling menyedihkan dia terletak atas bukit. Memang meleleh air ketiak kau mendaki bukit tu. Lagi-lagi time pagi buta. Dan paling epic dekat situ ada bilik pensyarah juga dan pada saat kau kesuntukan masa nak hantar assignment kau pun berlari naik bukit dan hasilnya memang kau akan kejang segala otot kaki dan banjir ketiak. Ok kelas yang lain juga ada terletak dkt PTDI dan Seri Laksamana (SL). SL ni memang dekat dengan Sektor C. Sektor lain kenalah menapak kalau nak pergi sana. Dewan Seri Peria (DSP) pun dekat dengan Sektor C. Paling kritikal lah kan bila final exam kebanyakkan paper kau dekat DSP. Memang menangis bagi warga Sektor A&B sebab ketiak kau akan menangis se nangis nangisnya. So inilah antara tempat yang menjadi pilihan hati untuk kelas. Jangan kau pelik bila dapat jadual tulis SL, BK, C, I, U, DSP sebab sini orang malas nak panggil nama penuh. Semua nama pependek je. Baru glamour. Antara tempat paling fofular dekat sini Dewan Seri Temenggung (DST). Hah sinilah tempat paling orang kata berprestij gitu. Dekat situlah kau akan konvo, dinner dan bermacamlah dik oi. DST tu ibarat dewan penduduk dekat sini.

Dekat sini pun kita ada Ko ye adik-adik. Kalau kau jenis yang pemalas nak pergi ke Ko time sekolah masuk sini kau kena gagahkan juga diri kau. Kalau tak pergi mampus kau kena repeat. Naik mahkamah kampus. Kau nak ke dik ? Dekat sini Ko kejap je. Sampai sem 3 je. Sem seterusnya kau bantailah kau nak buat apa. Ada orang kesah! Sem 1 selalunya orang amik kesatrian negara sebab 1 sem je. Kalau kau jenis yang rajin bercamping atau berjalan kau masuk Kesatria Kembara. Ni sampai sem 3. Kita ada juga Bomba, JPAM, Rawatan Cemas & Brass Band. Tu semua sampai sem 3. Maknanya kau tak payahlah nak tukar Ko lain. Kalau kau rajin nak berkawad masuklah sampai sem 3. Tapi ramai amik Kesatria Negara sebab kawad satu sem je. Sem 2&3 boleh merempat cari kelab atau sukan lain.

Info tambahan ‘akak’ nak habaq hampa semua. Korang jangan nak risau sangat kalau makanan yang kau simpan kononnya spare diwaktu terdesak padahal kau bantai je 24jam dah habis. Sebab istimewanya kita ada UNIMART. Hah, kedai runcit bahasa kasarnya. Macam-macam ada bak kata iklan astro. Dekat sini juga ada Cyber Café (CC) untuk korang nak print apa benda semualah. Then kita ada basikal untuk kau riadah. Kena bayarlah ya. Dekat dunia tak ada yang free.

Hah nilah benda yang menarik yang wajib diketahui buat masa ni. Actually banyak lagi. Cuma tak surprise kalau korang tau awal. So welcome to UiTM Segamat ! Jangan risau walaupun kita berjauhan dengan family sebab ini juga untuk masa depan kita dan kerana Allah. InsyAllah, semua akan berjalan dengan lancer dan senior dekat sini semua ok. Kalau ada masalah just tanya je. Jangan malu ye ! Ok goodluck untuk diploma and degree. Hopefully korang berjaya dan semoga kenangan dikampus akan menjadi ingatan selamanya. Sekian.
Sepuluh Jari Disusun Memohon Keampunan Andai Terkasar Bahasa Dan Terguris Hati Jimbet Semua

Labels:


Written by me at 14:14 | 1 Jimbet{s}

UiTM Johor Di Hatiku
Assalamualaikum. Cuti sem nak berakhir dan Hello Kampus. Ok ikut hati malas nak balik kampus sebab jauh dari rumah. Selangor pop ke Johor. Hah, hamekk kau. Sebenarnya kalau naik kereta pun 4 jam dah sampai. Kalau naik bas susah sikitlah. Makan masa. Dalam 5 atau 6 jam ikut kadar 'jem' di jalan raya. Sebenarnya dah tak kisah pasal jarak dan berapa jam sebab dah banyak kali ulang alik so lantak kau lah kan. Bila dah jauh dengan family baru tahu betapa susahnya tanpa family. Tapi yang penting aku berjaya balik selangor dengan usaha sendiri tanpa cakap dengan family. Ok terkejut beruk mak aku. Dia ingat aku lari dari kampus. Lol. Ok berbaliklah kan pasal topik. Untuk new student yang bakal menjejakkan kaki ke UiTM Johor ni sejujurnya 'akak' nak cakap memang kami adalah kampus alam semula jadi. Hah,boleh bayangkan tak betapa hutannya kitaorang. Hehehehe.

Hah, sumber penting UiTM dekat Johor ni ada dua, Segamat dan Pasir Gudang. Yang 'akak' tengah cerita ni dekat Segamat. Main kampus dekat Johor.Ok berbalik pada slogan kami 'Kampus alam semulajadi'. Evenlah orang kata kitaorang ni pendalaman and agak hutan sangat tapi kampus ni ok sangat. Tak adalah hulu sangat kan. Tapi sepanjang perjalan ke sana memang mencabarlah. Sebab dalam hati panas je tengok pokok-pokok yang lebat bagai hujan ribut petir. Tak ada dik kawasan perumahan. Bukan tak ada langsunglah. Cuma jarang-jarang nampak.Kekekeke. Memang time nak mendaftar tu abah dok usik je. Cakap habislah duduk hutan jadi macam orang hutan. Dalam hati dah fikir. Macam mana nak beli makanan. Nak jalan-jalan. Dan berita baik untuk adik-adik kampus ni ada bas yang boleh bawak pergi kemana ikut hati kau. Hah, lega hati. Cuma bas ni bas kunyit dik oi. Bas sekolah entah versi tahun berapa. And pakcik-pakcik yang bawak ni tersangatlah sporting. Tahanlah telinga kau tu nak dengar cerita klasik dia. Hehehehe.

Dekat kampus ni ada tiga sektor atau bahasa senangnya asrama. Sektor A untuk bebudak laki. Perempuan untung sikit sebab ada Sektor B dan Sektor C. Sektor A ada tiga blok, Taming Sari, Sempana Riau dan Suluk Belingkung. Sektor B pun sama ada Mutiara, Nilam dan Baiduri. Sektor C terlebih sikit, Intan, Zamrud, Sempana Alam Buana dan Si Manja Kini. Hah, hamekk kau. Nama vouge gitu. Kau hado ? Sebenarnya nama tu semua ada sejarahnya. Nak tau google sendiri ya. Dekat sini juga ada bermacam kedai makan. Kalau dekat dengan kolej lelaki ada PAMA. Dekat kolej sektor B perempuan ada NR Cafe dan Benteng. Lol. Dan antara tempat makan paling adalah IFC. Superb gila. Macam-macam ado. Cakap je.

Sektor A paling dekat dengan Masjid, Penawar, NR Cafe dan PTDI. Al-maklumlah bakal imam, so kena rajinkan diri jejak ke masjid. Penawar tu adalah klinik. Mana tau tetiba diserang sakit cepat-cepatlah ke penawar untuk mengemis surat mc. lol. Paling epic bila korang pergi penawar tu cuba dengar suara yang panggil nombor tu. Serious korang akan gelak dekat situ. Boleh guling-guling lagi. Ok PTDI tu adalah library atau nama sedapnya Perpustakaan Tun Dr Ismail. Yang paling best kita ada dua library ok. And ada bilik akuarium 24 jam. Hahaha. Sektor B pula dekat dengan NR Cafe, Masjid dan paling best 'akak' nak cakap dekat dengan kelas. Kau turun 5 minit sebelum kelas pun sempat tau. Seronok dapat tidur lebih. Hahahahahaha. Sektor C paling dekat dengan IFC, SL dan DSP. SL tu adalah salah satu tempat kelas juga. Nak jalan dari Sektor B pun boleh tahan penatnya. Paling menyedihkan bila final exam kau dekat DSP. Fuhhh, yang Sektor A & B memang menangis lah ketiak kau tu. Jauh nun disana. Paper pukul 8 memang gerak awallah namanya.

Sebenarnya nak cerita pasal UiTM Johor ni memang tak habis dik oi. Kena datang dan jadilah Mahasiswa dan Mahasiswi dekat sini. Serious life kampus sangat best. Bila masuk sini jangan jadi kera sumbang tak reti nak berkawan sebab dekat tempat jauh ni hanya kawanlah peneman kita. Suka dan duka. Kawanlah yang menjadi tempat kau bercerita, berkongsi makanan, mandi beramai, bangun lambat sesama, lepak memalam sesama dan kawanlah yang akan menjaga kau dekat sana. Life kampus memang sangat lain dengan zaman sekolah. Rugi pada siapa yang tak nak sambung belajar. Sebab kenangan macam ni sekali seumur hidup :)

Written by me at 06:05 | 3 Jimbet{s}

Opening Ceremony !
Assalamualaikum. Finally ! Jimbet's World dah pun tertubuh. Fuhhh. Pening juga nak buat blog ni sebab dah lama tak berkecimpung so agak lupa code and nak search freebies. Well firstly alhamdulilah finally Jimbet's World dah tertubuh. Actually Jimbet's World ni memang salah satu blog yang akan sentiasa merepek dan ownernya yang sangatlah malas nak mengupdate dan kerjanya mengedit sehingga putus asa maka blog itu akan diabaikan. Yess, that is me !! Ok, Jimbet ni maksudnya membe or sahabat. Ayat ni sebenarnya tertubuh bila aku ni pergi study nun di Johor. So bila dah bergaul dengan rakan pelbagai negeri hah bermacam-macam ayat keluar. And the most famous Jimbet. Even baru first sem lah kan kitaorang kenal tapi disebabkan perangai gila dan agak tak semenggah ni menjadikan kami lebih kuat dari batu konkrit. kataa kauuu !!

Ok, sambung ceremony kita. I also want to thanks the owner and the creator this blogskin. Such a lovely blogskin and sorry sebab ada ubah beberapa bahagian sebab nak jadikan blog ni diva gitu. And jutaan terima kasih pada pemilik segala benda yang telah digunakan di dalam Jimbet's World. Dan terima kasih pada diri sendiri sebab berjaya tubuhkan Jimbet's World. Hahahahahahaha. Hopefully korang adalah terstalker blog ini.

Written by me at 02:49 | 0 Jimbet{s}